Minggu, 09 Agustus 2009

Wanita Berwatak Baik

Ilmu Katuranggan Wanita Drs. Soessatyo Damawi, dari Universiti Diponegoro, Semarang, Jawa Tengah, dalam makalahnya yang berjodol 'Katuranggan Wanita', memperkenalkan perangai-perangai perempuan itu seperti berikut:

Wanita Berwatak Baik

Mengikut ilmu Katuranggan, wanita yang dikatakan baik itu mempunyai ciri-ciri yang berikut:-

Bentuk kepalanya bulat. Wajahnya membulat bagaikan bulan purnama. Dahinya rata dan serasi.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Matanya agak lebar memanjang, tetapi manis dipandang. Sorotan matanya berkilau tajam, jarang mengerdip dan jarang memandang sesuatu dengan lirikan mata.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Keningnya memang agak lurus dan bulu matanya rapi.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Hidungnya lurus dan agak mancung serta garis sisi kanan dan kiri hidungnya kelihatan jelas.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Lebar mulutnya berukuran sederhana. Bibirnya selalu tertutup sehingga giginya terlindung. Namun, tetap nampak berseri-seri. Bibirnya rata dan tidak cembung.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Telinganya tebal dan bentuknya menarik.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Bentuk dagunya menarik dan daging bawah dagunya tebal.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jari-jemarinnya meruncing, tapi kukunya tebal. Telapak tangannya juga tebal. Namun bahagian tengahnya halus bagaikan sutera.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Bentuk tapak kaki dan jari-jemarinya elok, tapi mengenai jari-jemarinya ini, tebal tapi lembut dan kaku jika ditekap (atau menjijak). Kukunya juga jenis tebal.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Badannya lebar dan daging punggunya tebal (berisi).

--------------------------------------------------------------------------------------------

Rangkanya (tulang-temulangnya) sederhana atau halus, dan kulitnya halus dan lemas, tapi padat.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jika ketawa, badannya tidak bergerak-gerak, termasuk tidak terhinjut-hinjut atau sebagainya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Duduknya teratur. Jika sedang duduk bertimpuh, kakinya rapat dan rapi. Ketika duduk, dia tidak bergerak-gerak.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Tatkala melenggang tangan, tidak pula sampai menguak ketika dan badannya tidak ikut bergerak (terhoyong).

1 komentar: